Sunday, May 23, 2010

Kenapa anda perlu menulis blog?


Sekiranya anda tiada kemahiran untuk membuat laman web, laman blog adalah penyelesaiannya. Dengan menggunakan blog, anda boleh menggunakan fungsi-fungsi yang utama seperti teks, video, gambar, dan audio untuk menjadikan blog anda lebih menarik dan mendapat perhatian daripada pembaca lain. Selain itu, ia juga menggalakkan interaksi dua hala di kalangan penulis dan pembaca kerana pembaca boleh meninggalkan mesej mereka melalui ruangan comment pada setiap post yang ada terbitkan.

Antara kelebihan-kelebihan menulis blog adalah:
  • Meningkatkan kemahiran menulis anda
  • Medium untuk berkongsi maklumat kepada pengguna seluruh dunia
  • Medium untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda
  • Mengembangkan rangkaian kenalan anda
  • Mendapat pengiktirafan kepakaran daripada pembaca anda sekaligus membina kredibiliti anda
  • Membudayakan perkongsian ilmu

No comments:

Post a Comment